Syabas! ini tajuk paling panjang pernah saya lakukan. Tapi entri ni langsung takde makna.
TERNOWWW!!!
Hobi saya yang ter-baharu adalah bergaduh dengan Rajuna cara Sham Rais atau Tukar Tiub. Siapa yg tak kenal Tukar Tiub sila tanya kawan saya, Lebai Google.
Siapa yang tak tahu apa itu Google, sila keluar dari Tanah Melayu. Pindah ke Afrika dan tolong cukur bulu Mugabe.
KAH KAH KAH!!!
Woit Rajuna, hentikanlah projek membodohkan orang Melayu ni. Tak reti-reti penat ke?
Kau suka marah2 orang, carut2, nanti kena sumpah baru tau ngooookkk!!
Sumpah sumpit lada api, mak kau buncit dibahan benggali!!
KAH KAH KAH!!
Pssstt....apa khabar batu pahat? Jadi tak org Johor dapat jembatan baru? Wak Sembab apa khbar?
Kah kah kah....
*******************
Ok cukup. Sekarang ada pulak saya dapat emel. Sebenarnya dah pernah dapat beberapa kali. Mungkin kamu juga pernah dapat.
Ada orang cakap, gaya tulisan budak ni macam saya. entah, saya tak tahu. Cuma satu pesan saya,
"Budak, kamu harus berlatih lebih gigih!"
KARANGAN TERBAIK UPSR
Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara.
Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.
Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Friday, June 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
39 comments:
kan sultan tak setuju dengan jambatan tu. ah... tanya la sultan sendiri. aku sultan tipu2 punye...
Filler ni Pukrak apa! kah kah kah!
sultan,
sultan johor tak takut ke bik mama murka? kah kah kah
danielle,
ini salah satu projek gerombolan untuk membonsaikan fikrah melayu.
kah kah kah!
ape punya karangan da.
sila tulis balik dengan tatabahasa yang betul.
nanti cikgu rajuna nak rait.
aduuhhh~~
edit la sikit encik yoshhh..
darkk,
ala...budak2 kan mmg bodoh.
macha,
edit apa?
hahaha. budak2 kn mmg bodoh. siot je. budak yg tulis karangan nih mmg tahap gaban bodoh agaknya. tak baik aku ckp mcm tu. :p
kalau ada budak macam ni tulis karangan depan gua, mahu juga gua tepuk-tepuk belakang dia dengan cangkul..sapa yang jadi cikgu mesti best dapat anak murid macam ni, boleh buat gelak.
citer ni aku dah baca 3x..sesuai untuk kanak2 yg hari2 tengok citer CSI..hari2 ada org mati..
tak salah dah kalu lu saman itu budak...
dah menang kes nanti bulih laa open2 table deh..?
karangan yang ditiru daripada majalah ujang dan disebarkan di internet...
Kalo gua, tak hingin de meniru Yosh Filth.
Tak berkembang minda perjuangan org2 Melayu...
ho.ho.
daripada buat jambatan ke tiga pergi singapura tu. lagi baik tambah jambatan baru masuk batu pahat. senang aku nak balik raya. tak sesak.
adeh deh.. tableh blah.. cuz beta tgh baran rase nk blasah org td..bace karangan bdk hingusan tuh da gelak2 n tibe2 rase makin nk blasah plax... tp sume pn da mati sape yg beta nk attack nye??? cis keju sguh.
macam karangan aku dulu-dulu. lepas tu kene tulis balik sebab cikgu mengamuk lain macam....
hahahha..mcm gampang karangan ni weh..terhibur aku!
emak jgn salam pemandu lori itu ye...
bukan muhrim tuh!!
tuh da karangan stpm, bukan upsr.
jenuh aku baca.
teringin aku nak ada emak macam tu...gile hebat..hihi
tuler..penah dpt email ni tp terbaca plak skali lagi..bosan jer..baik layan aerobics kt klcc park kan ;p
Mak aihh! Ngalahkan citer transformers aje....
=P
karangan yg betol2 wujud kah atau hanya mainan minda c pnulis??hahaha
aku yg bodoh pon x sngup tulih cmnih
nice one. karangan tu best!
oh...aku dah terjumpa ini email lama dulu, tapi tak teringat pun kat en.yoshz...mungkin krn en.yoshz 10% lebih munasabah.
kah kah kah… GEROMBOLAN BERPUAK PUAK…. Kah kah kah..
kah kah kah….INI CERITA BARU…. kah kah kah….
kah kah kah….PELIK PUNYA CERITA….kah kah kah…
kah kah kah…. KALAU BERPUAK PUAK MACAM MANA NAK BERPADU PADU….kah kah kah…
woit… NASHA MANA?... HADI MANA?.... TOK PA MANA? HAZIM NOH MANA? AYAM MANA? CAROL MANA? SUMA PAKAT JUAL MAINAN KAH?.... kah kah kah
kah kah kah… MEREK PAKAR HAL PADU PADI NI…. PUKUL LAAH TALIPON….PANGILL MAI MARI….. kah kah kah…
hahaha.
aku syak budak ni banyak sangat tengok kartun.
ermm..
dah penah baca la cerita tu....
budak2 tak bodoh..cuma otak penuh dgn imaginasi kot.. :)
lu nak cukur bulu Mugabe yang part mana?
pembaca-pembaca pun mati
cet!
bleh palk say 'adoi' jerk..
ha ha ha. mesti budak ni comel. hihi
hahahaha.. tinggi betol imaginasi.
:p
taubat-taubat... hehehe ngeri betul cite ni... hahahhaa lawak betul... kreatif betul orang yang menulis cite ni... =p
mmg daya imaginasi budak nh luar biase.
Ngeri pon ader.
Da!
bangang gila,
org tgk ak gelak bce mende neh.
bes,
Happy birthday sayang! Hope our surprise birthday party was REALLY a surprise for u. Hehe...thanks Abob, Ipah and Ajim for attending the party. Tak sia-sia I bought cake banyak2. ;)
Ini last birthday u as a bachelor tau! Next year, hawak celebrate ngan saya je hehhe..love u sayang!
Ur Kiki
Post a Comment