Friday, June 12, 2009

Tips memandu abg hadi 2

Kesesakan lalu-lintas di Ampang dan di mana-mana bandar yg best amat menjadi-jadi. Kereta, lori, bas seakan-akan ikan jaws yg mencari mangsa. Kalau nak lintas jalan tu saya mesti lalu jejantas. Bahaya sangat bila banyak kereta. Saya takut.

Lagipun, kalau jenis-jenis orang yg selalu jalan menonong macam saya ni memang dah biasa kena hon. Kalau kereta atau motor yg hon tu macam takpe sangat. Tapi, kalau kena hon dengan bas ke lori, memang ada rasa kecik hati sikit.

Saya pasti mamat2 bangla dah biasa kena hon. Dah banyak yg kena langgar pun. Memang bangsa yg takde ciri2 keselamatan langsung. Suka lintas jalan sesuka hati.

Apa yang penting, bukan kerjasama. Tapi keselamatan. Baru siang tadi, satu kereta yg ditunggangi oleh sekeluarga bangsa India dah terbalik depan saya ketika saya naik Cameron. (yup, saya di cameron lagi nih). Kesemua mereka selamat. Tapi, tak tahan huru-hara betul gaya mereka bercerita. Isteri pemandu siap maki-hamun laki dia yg saya ingat dah cedera parah tu. Agak2la oii...Setelah memastikan mereka semua selamat, saya blah begitu sahaja. Saya tak rela menjadi saksi kejadian.

Baiklah, abg yosh ada satu cerita untuk dikongsi bersama. Semoga cerita ini dapat dijadikan pedoman adik-adik semua...

Suatu hari, saya balik kerja. Saya yg mulia ini menghantar rakan sekerja saya ke rumahnya yg juga di Ampang. Walaupun saya duduk Ampang dari kecik, saya tak biasa masuk kawasan rumah dia. Saya biasa kawan dengan orang kaya-kaya je kat Taman TAR. Anak menteri, anak expat dan anak tan sri-tan sri jer. Paling-paling koman pun, anak Sami Velu.

Lepas hantar dia ke rumah dengan selamat, saya nasihatkan dia tengok kiri kanan bila melintas. Kemudian, saya teringat untuk telepon kejutkan Mimi. Masa tu dia kat US lagi. Saya pun telepon sambil memandu.

Tiba-tiba, saya nampak ada dua polis tercegat kat depan macam orang bodoh buat roadblock. Pakai spek itam. Padahal hari dah nak gelap. Saya pun apalagas, campak henset ke tepi, tarik seatbelt cecepat. Hahaha. jangan ingat kau dapat kantoikan aku pakcik polis oi, kah kah kah! Daya refleks saya amat pantas. Macam ikan siakap. Hati riak saya berkata jujur.

Bila samapi depan roadblock tu, pakcik polis suruh saya berhenti. Suruh keluar lesen semua. Saya pun musykil. Tak mungkin dia nampak saya pakai henset. Atau tak pakai keledar.

Saya pun pasrah. Segalanya ku terima. ____(sila isi tajuk drama melayu yg bersesuaian)

****

Untuk pengetahuan anda semua, memandu secara bertentangan di jalan sehala bukan sahaja satu jenayah yg serius. Malah, boleh diconsider bodoh dan tak siuman. Oh tidak, polis tidak akan menerima alasan takde signboard atau anak panah atas jalan. Tak puas hati, masuk court. Itu je katanya.

Sekarang, siapa ada pakcik2 yg kerja polis yg boleh setelkan saman saya?

26 comments:

macha_sezs said...

"Bila samapi depan roadblock tu,...."

bila samapi!!baik!! samapi!!

kecik said...
This comment has been removed by the author.
EM AN said...

'Hati riak saya berkata jujur'

gila tak boleh blah, tersedak aku tengah baca sambil minum air. hahaha.

kecik said...

uhh. mungkin kau perlu pakai spek mata hitam macam mereka dan bagi alasan. saya tak nampak apa-apa. gelap.......

Darkk said...

kirim stoberi. buleh?

Redz da Tsar said...

hahahahahaha... Jalan Sehala... Ape kate ko pergi court kate kat diorang yang kerajaan baru ubah jalan tue jadi jalan dua hala ataupun jalan sehala yang dah diubah halanya...

kojah said...

hahahaha sy ada!tp makcik ku tamau tolong org lain...huhu

dialicious said...

kan senang jadi pompuan..hala mana2 pun polis senyum aje ;p

Rajuna said...

kah kah kah
woit...lu ada terai2 bagi duit presh oren tak? kah kah kah..woit woit...

Phoebus Athenos said...

nasib baik aku pindah kuar from Taman TAR masa kecik2 dulu..kalu tak aku dah jadi "sangat happening" dan hip ala2 budak2 Bangsar..

Bobo Brazil said...

aah lah. engineer jalan mana lah yang bodos suka buat jalan satu hala. aku memang anti tempat banyak jalan sehala. kot jalan kaki boleh pusing selamba. klu bawak mercedes camne?

yosh, adakah betul penggunaan ayat "kereta yang ditunggangi"? bagus betul cikgu BM ko kan?

@tune® said...

kau dah xmulia la sbb da kene saman...

lenkali g la ngorat pakcik polis...

oowh..lupe...mereka bukan gay

Kikuri said...

U are funnylaaa... and u still dre! Da lama tak lepak sini....

S.YanaZ said...

Alaa...
Kan lu kengkawan dgn anak Menteri...
apa sgt saman jln sehala nihhh.

1412 said...

hahahaha.

.fatin nabila. said...

hye..!
em, setuju yg bangla tu.
means, org asing.
lintas suka² atie + slow even dia nmpk kete laju.
kita balik kena brek, bkn dia yg patah balik.
bila jadi kes gini, libat negara dieorg, 1 yg dieorg pk, kita buat naya kt rakyat dia sdgkn ada masa, ngr kita kasi mereka mkn. tp, dia yg xnk jaga keselamatan diri, apa nk dibuat kn.'
eh, ada kaitan? :p

blog walking, :)

Hidemichi said...

Elleh..kata kawan dgn anak ong kaya, takkan GPS pun takde?

eija maskulin said...

eh abg hadi..ko naper?

yoshz said...

macha,
samapi hati kau kutuk aku.

eman,
salah kah aku berkata jujur?

kecik,
tak mungkin. saya tidak berperut buncit seperti mereka.

darkk,
takleh. cuti skola harga diorang mark-up

redz,
haha. takleh. mereka mmg bodo tapi tak sebodoh tu.

kojah,
makcik kamu mmg selfish! hmph!

dialicios,
takkan la aku nak menggedik mcm tu. buruk benor rupanya diah ooiii...

rajuna,
wakakaka. polis mana minum air oren. kurang2 pun jack daniel.

phoebbus,
ko sure tak pernah kawan ngan aku?

bobo,
jalan sehala mmg menyusahkan orang. tapi mmg sejajar dgn usaha 1malaysia.
cikgu bm aku mmg bagus. pasal dia botak dan tak marah org tido.

@tune,
kau pasti mereka bukan gay? pernah masuk loker room diorang tak?

kikuri,
haha.mana kamu menghilang? u r one of my earliest readers.

syanaz,
aku telus maa...mana main resuah2 ni.

1412,
bagus. susah aku nak dengar kau gelak dari dulu.

fatin,
betul. kita bagi kerja, mereka bagi kita langgar mereka. baru situasi win-win.

hidemichi,
GPS aku tak tau pakai. drebar aku cakap, jgn main tekan, nanti meletup.

eija,
aku ok jer. kau?

susudalambotol said...

hahahaha. ampang mmg kawasan yang best terutama sekali area bukit indah.

Kikuri said...

I was hibernating and now I am back in business....

tasikmerah said...

tak makan rasuah ke pepolis tu....?



.

Qaseh.Darwisy said...

Hahahhaaa...aku da penah kena macam ni...huluq 30duit terus bg aku jalan..patut la ko buncit en.polis!!

yoshz said...

susudalambotol,
best kan? ada brader jual apam balik lagi

kikuri,
mama anime! yah. that's u!

tasikmerah,
makan. tapi malangla jumpa aku yg mmg anti-rasuah

qaseh,
jgn harap la aku nak hulur kan?

Anti agni Energie said...

ati2 bwk kete...

Nice post.

Salam, kami merupakan pekerja-perkerja yang telah dibuang tanpa menerima gaji dan pampasan oleh sebuah syarikat multinasional yang dalam proses untuk lari dari Malaysia

Please support kami.

Jadilah follower kami.

http://agni-energie.blogspot.com

Inilah usaha kami untuk menuntut hak kami.

Anonymous said...

[URL=http://imgwebsearch.com/35348/link/mesothelioma/1_pharma4.html][IMG]http://imgwebsearch.com/35348/img0/mesothelioma/1_pharma4.png[/IMG][/URL]

[URL=http://imgwebsearch.com/35348/link/mesothelioma/2_pharma4.html][IMG]http://imgwebsearch.com/35348/img0/mesothelioma/2_pharma4.png[/IMG][/URL]

[URL=http://imgwebsearch.com/35348/link/mesothelioma/3_pharma4.html][IMG]http://imgwebsearch.com/35348/img0/mesothelioma/3_pharma4.png[/IMG][/URL]

[url=http://bit.ly/ac01je]Online Gambling[/url]

[url=http://bit.ly/coNz4o]Online Casino Gambling[/url]

[url=http://bit.ly/ac01je]Online Gambling[/url]

[url=http://bit.ly/9q4tTo]Online Sports Gambling[/url]