Thursday, July 30, 2009

Kisah betina yang hodoh

Suatu hari, dah lama dah. Masa tu tak salah saya cuti semester. Seperti biasa pukul 1 baru saya bangun. Lepas mandi, saya keluar sidai baju. Saya pun siap la pakai towel tak pakai baju. Ala, sidai luar rumah je. Kejap je pun. Takkan la nak pakai baju taekwondo.

Keluar rumah saya tak kunci pintu. Ala, dekat je. Depan rumah. saya pun keluar ikut pintu tepi.

Masa tu bapak saya ada dekat rumah. Dia balik tido. Seperti biasa, saya tak pedulik pun kat dia. Dia yg tengah tidur pun tak peduli kat saya. Kami mmg keluarga bahgia.

Saya pun continue sidai baju sambil cuba memahami isi hati seorang housewife. Takde keja. Hari-hari sidai baju, masak cekodok, tengok telenovela. bahagia betul. Takyah fikir psl kerja ke, assignment ke, rilek ajer.

Kemudian, saya terdengar enjin kereta bapak saya distartkan. Kemudian, bunyi pintu gate ditutup dan kereta yg memecut laju memecah salju. Saya pun tak ambil port. Huh, tu je kerja dia. Balik. makan, tido, pastu keluar balik. Pok pek pok pek...bebel saya dalam hati.

Ya, makin lama cuti semester makanya saya semakin memahami hati nurani makcik surirumah.

Saya pun dah habis sidai baju. Buang air lebih2 dalam baldi, ketatkan ikatan towel. Saya pun nak masuk rumah balik. Nak panaskan lauk.

Tiba-tiba hati saya rasa syahdu. Rupa-rupanya bapak saya keluar tadi dia kunci pintu. Kunci semua dlm rumah. Dia tak sedar saya ada kat luar sidai baju. Saya dah terkunci dari luar. Terpenjara di mahligai rindu. Takleh masuk. Jadi, saya pun panik la apa lagi.

Nak call bapak saya, telepon semua dalam rumah. Nak keluar carik public phone saya mmg takde seposen pon. takkanla nak telepon bomba suruh dia telepon bapak saya antar kunci. Dah la pakai towel je. Nanti anjing jahat gigit macam mana?

Setelah pikir masak-masak, saya mendapat satu idea. Iaitu putus asa. Tunggu je bapak saya balik kerja pukul 5 nanti. Sekarang baru pukul 2. Apa nak buat 3 jam ni?

Fakta sains: apabila anda bosan, anda akan melakukan perkara2 yg jarang2 anda lakukan untuk 'membunuh' masa. Misalnya, tolong siram pokok bunga, sapu sampah depan rumah, susun selipar, bersihkan akuarium dan baca paper lama yg berlonggok tepi rak kasut.

Setelah melakukan semua itu, jam baru pukul 4. Saya pun buat bodoh selama hampir sejam. Tak lama kendian, nak dekat pukul lima baru bapak saya balik.

Setelah menceritakan kisah malang saya, bapak saya tanpa sebarang perasaan bersalah pun membuka pintu. Saya pun cepat2 terus masuk rumah dan bukak TV. Pasal cerita Betty dah nak start.

26 comments:

mimi said...

First!

Ahaks..baru cerita kati pasal bende nih, terus tulis blog nampaknya. Hapa daa?

Kalau I lalu depan umah, I terpanggil je nak tarik towel u, pastuh campak u depan rumah Cina banyak anjing! Hah tuhlah slalu kutuk I takut anjing. Hawak pun sama! Ihiks..

Bila nak tulis adventure kita Ahad lepas? Banyak insiden klakar tuh hehe..

Love u,
Kiki

yoshz said...

hallo...sesaper yg pakai towel, towel sahaja, mesti takut sama anjing maa...

wah wah semangatnya komen. ok i kumpul gambar dulu. nanti i tulis kesah pengembaraan kita wiken ni kalau ada masa. hehe

love u too,
kiki 2.

paiseh said...

gua cuba kolaborasikan lu dengan betty dalam citer ni~
hasilnya.. ok ok je..

Che Sue said...

sure jiran heran apsai mat ni tak masuk2 umah..pembantu umah pun tak gigih mcm gini berkampung kat depan umah pat jam wat keja..

1412 said...

dahsyat sungguh ketidakpedulian bapak kau. haha

Miko Yamaguchi said...

abang yoshz!!! lama sangat menyepi. tau la tengah bahagia. hahahah.

nanti buat pendant dari kunci ruma. senang sikit sangkut dekat leher. hehehe.

Hidemichi said...

nasib baik pakai jam...

DIK AN said...

Karangan pra-sekolah ke hape ni?

dialicious said...

Yeay!yoshz dah kelakar balik!

Encik Bibir said...

baru dpt gelak setelah lama lawak ko tak power

kecik said...

kau terpenjara di mahligai rindu?
kau patut snap gambar mahligai rindu tu!

Rajuna said...

i nak gamba yang pakai tuala.

@tune® said...

hoh!!
mesti anjing tuh nk gigit bulu kaki..
auwwwwwwwww

mamma mia! said...

adoihhh gile kesiannnn hihi
lwk pn ye gk

l.i.f.e said...

hahaha :))
tu lah tak baik buruk sangka kat surirumah. kan dah kena!

Aminah said...

Gile mati bosan tunggu 3 jam...
np tak pegi uma jiran sebelah pinjm tepon..ni bukn zamn tok kaduk..

Aminah said...

Gile mati bosan tunggu 3 jam...
np tak pegi uma jiran sebelah pinjm tepon..ni bukn zamn tok kaduk..

-azura- said...

Dasat tol pengalaman u ni en.yoshz!
anyway, terhibut banget membacanya.. senak gak la perut den ni haa.. ahaks!

e i c a h said...

whoa..drpd cerita ini..awk sgt hebat..betty pun sedap!

Anonymous said...

hhahahhaa....adus lamanyer tak gelak camni...kalau anjing nak gigit, dia gigit mana dulu..:P....

suhanazainal said...

bistu sapekah yang hodoh?

.GadisMerahHitam. said...

ahahahahhahaha,
very interesting.

innocent jee bpk kamu ya?

fndrocka said...

tak boleh blah bapak kau buattak bersalah..truly keluarga bahagia

Facet said...

Hoit bila nak update.
Lama xpecahkan perut sambil tunjuk-tunjuk monitor.

+black.angelz+ said...

hahaha..adoi lar..
Naseb lar pkai towel..dibuat nyer pkai boxer jew..lg yg size s..adeh..very d sadis okey..

jap,bapak hang cam bapak aku..wat bodo jew slalu..
nak kate bdo cikgu lak..eh,sensored 2..wiwiwi

S.YanaZ said...

gud.
gudder..
guddest...


Sbg Ticher, gua rasa lu dh berjaya manfaat masa terluang dgn jitu.