Sunday, January 17, 2010

Hallo hallo (part 1)

Hallo hallo. pekabar semua follower saya seramai 8 juta? Lama tak dengar citer. Mana korang pergi menyepi?

Haha. Seperti mana yg sedara² sekian maklum saya baru je 2 minggu kawin. 6 bulan dah tak update blog. biasala saya kan busy macam mesin basuh.

Baiklah seperti mana orang lain, saya akan bercerita ttg kawin dulu. bila dah ada mood sikit baru citer psl citer2 bodo dan kisah malang saya.

Part 1 ni biar saya citer pasal nikah dulu. Sebulan sebelum nikah, mmg banyak benda nak settle. Takdela rasa nervous sangat. busy je la. Bila seminggu nak nikah, baru rasa gelabah macam labah-labah. Dah la orang asyik takutkan saya je. Menyampah betul.

Hampir tetiap mlm asyik mimpi bodo-bodo. Dahla tak cukup tidur. Mimpi lafaz sampai 3 ratus kali la, tok imam suruh baca surah al-Baqarah la, datang nikah pakai towel la, dan segala benda yg mistik yg mungkin anda jumpa di majalah Mastika.

Malam sebelum nikah saya amat busy. Tido nak dekat pukul 3. Dah la kakak saya salah pakaikan inai. Ada ke dia letak inai rambut kat jari mulus saya? Nervous punya pasal kul 5.30 pagi saya terbangun. cek-cek, jari jemari saya dah kaler hitam macam baru lepas tukar rantai basikal. Bapak tak ayu langsung. Kakak saya gelak je mcm tak bersalah. Cepat2 saya ambik inai keling (inai yg dalam tiub mcm ubat gigi tu) taruk atas kuku. Kakak saya pula, terus menyalahkan mak saya salah bagi inai sebagai langkah menyelamatkan diri.

Lepas tu pukul 7.30 saya pergi 7 Eleven fotostat peta pergi rumah bakal istri saya. Untuk nak bagi pakcik-pakcik saya yg kuno lagi tak reti guna Google map.

Pergi-pergi, fotostat rosak. Carik 7E lain, akak tu tak reti gunak pulak. Kali ketiga baru jumpa kedai alat tulis kat bandar baru ampang baru bukak pukul 8.30. Saya pun cepat2 fotostat 16 copy.

Balik rumah dah pukul 9. Saya pun cepat² tukar baju nikah. Buat pertama kali dalam sejarah, saya pakai singlet. Rasa kacak luar dan dalam.

Pukul 9.45. Pengapit saya iaitu Mahathir mamat aka budakyangnakal, telah tiba untuk mengeruhkan lagi keadaan. Setelah selesai sessi berdandan dan mengutuk sesama sendiri, kami bersedia untuk bertolak bersama-sama rombongan ke subang jaya.

Ketika ini pukul 10.15. Kami masih lagi di rumah. 15 minit lambat dari jadual yg saya sendiri aturkan. Saya text Mimi, "I dah otw. Kat Kesas dah ni."

Pukul 11. 15 kut baru sampai rumah dia. Tok kadi pun dah tunggu. Saya buat-buat tak bersalah terus masuk macam takde apa-apa berlaku. Saya tgk dah banyak org ready ngan pelbagai jenis kamera. Automatik saya rasa keras. Saya mmg camera shy. tak biasa ngan kamera.

Saya terus dibawa duduk oleh sapa tah tak ingat ke depan tok kadi. Tok kadi tu tenung je saya semacam . Saya tenung dia balik. Lu pahal? pergh..pakai singlet mmg dapat menaikkan keyakinan diri.

Kemudian, bakal istri saya turun dari tingkat atas. Penuh dengan ciri2 keayuan yg dapat memukau rajuna asmara.haha. Dia ketika itu, dlm keadaan paling cantik yg pernah saya lihat. Busana dari man kajang dapat menyerlahkan peribadi sang pemakai. (promo yo!) Terus dah tak nervous.

Tibalah upacara kemuncak yakni akad nikah. Saya meminta tok kadi untuk nikah olok2 dulu. Tok kadi pun bersetuju. Saya diakadkan oleh bapak mertua saya. Alhamdulillah, nikah olok-olok berlangsung dengan lancar.

Kemudian baru nikah betul-betul. Kali ini ada mic. Alhamdulillah, sekali lafaz je. Dengan penuh bergaya lagi. haha. Setelah disahkan oleh 4 saksi, tok kadi membaca doa dengan syahdu. Saya nampak istri saya menitiskan air mata. Haha. Kantoi. Selalu berlagak macho. Perempuan jugak kau ni ye. Barangkali dia menyesal berkahwin ngan saya..

Setelah tok kadi membaca khutbah nikah, saya ke tingkat atas untuk menyempurnakan solat sunat nikah. Saya tak tau niat Arab dia, baca niat melayu jer. tak apa, Tuhan itu maha multilingual.

Kemudian disusuli upacara menyampaikan mas kawin sebanyak RM300 (rate selangor) dan menyarungkan cincin. Ketika ini amat syahdu sekali. Saya lihat Mimi tersedu-sedu lagi, saya pulak kontrol macho je la. Saya tepuk2 peha dia nak pujuk la kononnya. Saya tak tau nak buat apa dah, pasal banyak gila org tengok dan ambik gambar.

Lepas sessi bersalam-salam ngan keluarga dan sahabat handai, kami pun bergegas ke taman permainan berhampiran untuk sessi outdoor photo shoot.

bersambung....

13 comments:

Anonymous said...

"Perempuan jugak kau ni ye."


dah tu kot Mimi tu bukan perempuan cemane lak kau nak nikah Yoshz oi!

selamat pengantin 2minggu.
dah 2 minggu takleh ucap baru.
ini petua siti nordiana.

-noa-

margie gates said...

slamt pengantin baru...bru jer follow ur blog..best2.

bb7ady said...

Selamat Pengantin Baru.

pakaila singlet setiap hari pasni. dapat menaikkan keyakinan diri. hehe.

;)

Miko Yamaguchi said...

selamat berbahagia ye abang yoshz! kawen2 pun sempat buat lawak lagi. :))

MOnSter KEkhai said...

kawin jgk ekk...haha...taniah...moge berpanjagan sampai keanak cucu....

yoshz said...

noa,
hehe.mmg dah sahih pompuan.

margie,
ah. blog ni dah nak pupus dah. hehe. thx!

bb,
aku rasa kalau pakai korset lebih yakin kut.

miko,
hahah. mana ada lawak dah. skang aku dah semakin matang dan berciri pakcik-pakcik.

monster,
mekasih daripada kami sekeluarga. haicheh..

cujen said...

tahniah! tahniah!
lama gila tunggu nak hapdet

1412 said...

Tuhan itu Maha Multilingual. terbarai aku gelak kat ofis ni.

anyway, tahniah dude.

..::jane doe::.. said...

Tahniah Yoshz!!
Alahai da tumbuh tanduk da kucing saya tunggu kamu hapdet belog ni..

yoshz said...

cujen,
hehe. jgn tunggu. langgan jer blog ni.

1412,
wah ko dah ada opis? tahniah dude.

jane doe,
mesti hodoh kucing kamu tu.

Iz said...

happy belated pengantin baru :)

Anonymous said...

congrates....finally kahwin gak awak yek...:P: mamapower

lin said...

視訊做愛,免費視訊,伊莉討論區,sogo論壇,台灣論壇,plus論壇,維克斯論壇,情色論壇,性感影片,正妹,走光,色遊戲,情色自拍,kk俱樂部,好玩遊戲,免費遊戲,貼圖區,好玩遊戲區,中部人聊天室,情色視訊聊天室,聊天室ut,成人遊戲,免費成人影片,成人光碟,情色遊戲,情色a片,情色網,性愛自拍,美女寫真,亂倫,戀愛ING,免費視訊聊天,視訊聊天,成人短片,美女交友,美女遊戲,18禁,三級片,自拍,後宮電影院,85cc,免費影片,線上遊戲,色情遊戲,日本a片,美女,成人圖片區,avdvd,色情遊戲,情色貼圖,女優,偷拍,情色視訊,愛情小說,85cc成人片,成人貼圖站,成人論壇,080聊天室,色情