Kerja saya memerlukan saya pergi ke hospital2 di seluruh negara. Pada suatu hari, saya kena pergi ke sebuah institut jantung terkemuka negara. Nama hospital terbabit perlu dirahsiakan untuk menjaga maruah kakitangan mereka.
Saya pergi ke sana untuk memeriksa sistem Master Clock di Operation Theatre. master clock adalah suatu sistem di mana kesemua jam di bilik pembedahan menunjukkan masa yg sama. Pukul, minit dan saat semua pun sama. Masa akan diseragamkan secara automatik pada pukul 12 pagi dan 12 malam. Ini perlu supaya waktu kematian dan pembedahan adalah sama bagi semua bilik. Nurse2 juga dapat keluar rehat pada waktu yg sama.
Ketika sedang memeriksa sebuah jam berdekatan dengan kaunter nurse, saya terkial2 kerana jam itu agak tinggi. Saya cuba mencari kerusi untuk dipanjat, tetapi yg ada cuma kerusi yg ada roda. Saya takut nanti panjat kerusi tu, ia menggulungsur lalu saya jatuh terjungkang ke belakang. Ego saya pasti tercalar.
Salah seorng nurse memerhatikan saya. Bukan nak tolong pun. tengok je. Tak guna. saya memberanikan diri dan bertanya..
"Nurse, ada tangga tak?"
"Ada" ujar beliau. saya berasa lega kerana kerja saya bertambah mudah. Tak payah nak terjengket2 mcm orang bodoh.
Nurse itu membawa saya ke hujung koridor. Mungkin tangga diorang simpan tersorok kat belakang2, getus hati kecil saya.
"Ha, ni tangganya" katanya sambil menunjukkan pintu tangga kecemasan.
Separuh hati saya mati dengan serta-merta.
Bodoh macam obor-obor.
27 comments:
muahahahahahha. klakar. rajin pulak nurse tunjuk sampai ke tangga. :p
kesian Dr.Yoshz
hahaha.
jgn salahkan dia. itu je tangga yang mampu dia sediakan. dah, apasal kompeni ko x ada tangga sendri. yg jenis lipat2 tu.
hahaha. tapi kan, kalau nurse tu comel, saya maafkan.
ngeh ngeh ngeh.
Bengap macam mentega!
Hahaha
hehe cane lak misi leh pike tangga tu pulak..adoi...kelakar
hahaha
ahh tau kat mana tu!
Di saat aku tgh tensen nak wat paper, aku tergelak sorang2 dalam ofis baca citer tangga ni... lepas terus aku rasa nak balik.. ceria sudah hati aku.
hahahahahha...welkambek mr yosh!
bb,
nasib baik dia tak tunjuk tangga kat batu caves.
dzul,
ada. tapi berat. aku malas nak pikul.
macha,
kalau nurse tu taylor swift mungkin ada pengecualian.
darkk,
sengal macam harimau bengal
dnasura,
eh nama kau bunyik macam dinaso. grr..
life,
ciss. aku mana ada kasitau. camne ko tau?
ezri,
saya gembira dapat komen dari abg ezri.tak sangka kakitangan kerajaan ada masa baca blog.
che sue,
jgn gembira sangat. aku kejap2 je ni.
dzul,macha,darkk,life,chesue,
lama tak nampak korang. mana kamu semua pergi menyepi?
hahaha. kalau aku ada kat tempat ko, aku dah lari bilik operation. inject diri sendiri dengan morfin 3 pain. haha.
Haha nice one. Gila jarang update lepas er, sudah kahwin kan???
hahahahahahaha nurse tu bagi ko April Fool di bulan February
haha.
mengong!
hahhaa~nurse tu blur..
Hello, Dr. Yoshz!
Have a sincerily nice day.
aku paham perasaan ko encik yoshz.
aku pernah kena macam ni.
kehkehkeh..padan muke Dr Yosh!dapat april fool in advance.haha. bijak betul nurse tu~
Bodoh mcm obor2..
Nice simile... Bole ajor kat students.
eh sejak ko dah berumahtangga ni cerita pun pasal tangga hihi
welkam bek yos
Ya salam, aku gelak berdekah2 siot. Aku rasa nurse tu boleh masuk raja lawak la. Apa reaksi muka nurse tu masa tunjuk tangga tu? senyum ke atau buat muka takder perasaan?
macam doktor ismadi. klasik.
Dah terhenti pulak update. lu ni. ha ha.
Sebagai salah seorang peminat encik yang berjumlah 8 juta orang. Saya memohon untuk diteruskan semula blog ini.. adakah encik sudah tidak sukakan kami lagi? apa salah kami? apakah encik sudah menjadi seorang yg lurus? encik tolong la kami sudah 2 bulan hidup kami tidak berseri...
1412,
aku pun hampir2 mendaftar sebagai penderma organ.
rasa cam dah tak guna hidup je.
facet,
hak ah dah kawin. nak dekat setahundah. lagi 7 bulan genap setahun.
iz,
tak best tul april fool dia.
nuyuljana,
menciks!
liliyuli,
haha.
weh apasal nama korang berdua ni pelik sangat?
santos,
eh, ko dah pandai buat lawak! doktor eh? haha
keri,
kau pasti tak pernah kena mcm entri lepas ni!
kikuri,
aku ada senarai pepatah yosh. kau nak?
freusiq,
ya. tak lama lagi ada gugu gaga yosh
amirah,
dia buat muka macam bendera johor. can u imagine?
wak tong,
besar sikit hidung mcm doktor mahathir
danielle,
nak update la ni.
hai peminat,
tima kasih kerana menjadi peminat saya. sekarang dah ada 8,000,001 peminat.
impressive bukan?
wahahahhaha .... baru aku ingat .... nurse kat situ pgggl tangga sumer staircase ... sampai ade yang speaking kat member die 'please give them 'STAIRCASE',they want to use our STAIRCASE ....
wah. keja bhgn biomedik ke?
sian nurse tu.. innocent cam obor2.. :D
Post a Comment