Sunday, December 12, 2010

The chronicles of Rania: Siri bapak-bapak

Halo. Kali ini entri bersifat bapak-bapak. Jadi bersempena maal hijrah 2010 (tahun hijrah tak ingat), saya berazam untuk menjadi bapak mithali. No more lawak tandas lagi.

Serious stuff first, fart jokes later.


Pada 29/3, isteri saya disahkan hamil. (barangsiapa yg gatal mulut kata kami bunting sebelum kawin, pastinya Matematik moden kamu gagal teruk). Masa tu kitorang baru je kahwin 2 bulan. Pada mulanya kami sangat terkejut. tak sangka kami sesubur tu. hehe. Apa2 pun kami menerima sahaja ketentuan Ilahi walaupun sebenarnya mcm tak caya.

Setelah beberapa bulan dan beberapa siri scan, baru kami percaya.


Haaha. tgk tu. kesian muka dia terperosok sebegitu rupa. padan muka. Ini gambar masa umur kandungan 25 minggu.


Yg ini usianya 33 minggu. dah boleh jelir lidah. blerrrkkk!!! Matanya lebam pasal distortion gambar. bukan psl kena tumbuk.

Sepatutnya bini saya dijadualkan beranak pada 20/11. Tapi, pada hari itu langsung tiada tanda2 nak beranak. Bosan tunggu kat rumah, kitorang pun pergi makan yong tau fu kat depan ampang putri. Lepas tu sambung pulak kat coffee bean, juga depan ampang putri. Senang, kalau nak
terberanak lintas je jalan, terus boleh beranak.

Pada keesokan harinya, hari ahad. kami bangun awal dan tengok Pocoyo. Hehe, tipu je.
Still takde tanda2 mau bersalin. Jadi, kami pun pergi berjalan2 kat Empire. Dengan harapan berjalan kaki dapat merangsang kelahiran bayi.

Malangnya, takda apa pun yg berlaku. Esoknya, isnin. Kami pergi berjumpa doktor untuk mengecek kandungan dan pintu rahim samada dah terbukak atau belum. Makanya, belum terbukak.

Selasa. Nothing. Rabu pun takdak. Doktor cakap, kalau esok takde jugak. Kena induce.

Tiba hari khamis, doktor memasukkan kami ke labour ward buat sementara waktu. Walaupun sepatutnya masuk maternity ward single room, tapi takde yg available. Kami pun pasrah je la.

Jadi proses menginduce pun bermula. Start pukul 4.50pm. Tapi sampai ke malam takde apa yg berlaku. Tak dilate pun. Penantian kami tidak berhasil. Kami dipindahkan ke maternity ward malam itu jugak kerana misi gemuk tu tak tahan tgk beg kitorang kat labour ward.

**proses menunngu semasa kena induced di labour ward.

Kami pun bermalam di maternity ward.

26/11/10. Hari jumaat. 5.00 pagi. Kami dikejutkan oleh nurse untuk membuat pemeriksaan CTG. Hasil pemeriksaan mendapati bahawa degupan jantong bayi amat lemah. Doktor memutuskan untuk melakukan Caesarean untuk mengelakkan sebarang komplikasi yg tidak diingini.

Isteri saya terus dibawa ke Operation Theatre pada pukul 7am. tanpa berlengah-lengah. Kami berasa terkejut dan terpinga-pinga kerana langsung tak bersedia. Dari segi mental, fizikal dan juga kewangan.haha.

Saya tidak dibenarkan masuk. Saya disuruh tunggu luar. Saya tunggu keseorangan kerana pada masa itu awal pagi. Tiada org lain ketika itu.

Pada pukul 722am, saya terdengar tangisan bayi. Saya meluru ke arah bilik pembedahan dan ternampak seorang Nurse berbangsa india sedang menatang bayi. Dia bertanya," Encik suami Elina?" Ya, kata saya. "Nah, ini anak Encik!" katanya.

Pertama kali melihat anak sendiri, saya tak tau nak cakap apa. She was the most beautiful baby i've ever seen. Ke pasal dia anak aku, sebab tu aku rasa camtu haha. Acara seterusnya..

Tuan2 dan puan2, buat pertama kalinya dalam masa berpuluh tahun, Encik Hassanul kita telah...

melaungkan azan. haha. omg. sedap jugak suara aku. Ketika saya melaungkan azan, dia berhenti menangis seketika dan membuka mata dengan luas.

Dialah, HANNAH RANIA BT HASSANUL HADI...

**masa baru kuar

**siri bercakap dgn Mr giraffey.

**ekspresi muka dia waktu nak berak. mulut muncong2.


**babai...

26 comments:

Apple Cute said...

wah...cumilnye Hannah Rania^_^...Congratez..=)

kucingGEMOK said...

akhirnyaaaaaaa...setelah berkurun lamenya...ade gak entry post dr hadi-kun! hahaha..dan sgt emosi membaca bait2 perjalanan ko menjadi seorang bapa buat julung kalinya.

congrats on the newborn! may more wonderful babies be born from u ur lady! hahaha..berusahe!

p/s: Hannah Rania bt Hassanul Hadi rhymes perfectly! kudos to d mummy!

Axiao said...

Congratulations man!! Dah jadi bapak, yo.

Hello Hannah Rania!

Che Sue said...

omg! takley jadi budakyangjahat dah..lepas ni jadi papa jahat..eh? hehehe..

p/s-congrates!

Darkk said...
This comment has been removed by the author.
Darkk said...

Apa maksud nama anak tu? Macam buleh jadi Hannah Montana je. :D Kihkih.

kojah said...

congrats bro!

azLina z. said...

Setelah lama menyepi tup tup keluar berita dah jadi bapak. Tahniah ! Cantik nama anak.

nuyuljana said...

tahniah.

sedap nama anak.

:)

Paan Ovrtd said...

OMG YOshz! Aku rindu kau! Lantaklah kau nak cakap aku gay ke hape!

nurul azida ahmad said...

alhamdulillah, comelnyer hannah. cepatneyr masa berlalu.

Nrfadlh said...

tahniah, tlg isteri jg anak elok-elok :)

Anonymous said...

Cannot be a newborn. Nampak macam dah one year old already....

Yosh nakal.

Anonymous said...

Ooh akhirnya!a new entry with a surprise!saya pembaca tegar blog anda,da khatam 2 x serius!
Congrats!beautiful name!personally planned to name future baby Rania jugak!but now I see evryone's naming their babies Rania,suatu masa nanti di sekolah akan terjadi kebanjiran Rania!

yoshz said...

apple cute,
thx a lot ;)

kucing gemok,
elina dah xsanggup beranak lagi ahah.
y kudos kat mak jer? ciss..
baka aku kut.

axiao,
thx. hello auntie!-says hannah

che sue,
papa? daddy la. haha. thx

darkk,
http://names.crazyartzone.com/index.asp?cat=Cari&key=Hannah%20Rania
oh yes, hits de klaiiiimmmmmm!!
apsal ko delete komen ko?

kojah,
thx

azlina,
next entry tup tup dah jadi atuk

nuyuljana,
thx. sedap lagi kulit pipi dia

paan,
bapak ah. rosak rumahtangga aku kalau bini aku nampak komen ko ni

nurul,
thx.

nrfadlh,
thx. wah ada baby jugak. congrats to u too!

anonymous 1,
agak besar la. tapi takdela setahun kan.
aku nakal yg berhati mulia.

anonymous 2,
better don't! we were flooded by danishes once.
remember?
thx dah khatam. nanti aku buat pulut kuning.

tengss

1412 said...

Congratulations bro!

Besar nanti jangan ajar dia jadi volunteer petrosains. tak cantek der. haha

Anonymous said...

Hairan.... baru lahir rambut dah panjang. Yosh ada try masuk guinness book of records kategory 'longest hair for newborn'

alif-mikail said...

alamak! alapak!..

selamat jadi mak bapak..

yan said...

wahh dah jadi bapak!! congrats!!

theblabber. said...

congrats!!

::hazimah:: said...

tahniah!!

yoshz said...

1412,
takde. korang semua kena buat bday party utk anak aku.
full pakej. taknak bypass helikopter.

anonymous,
oh mmg. baka mak bapak dia mmg stok model iklan pantene.

alif,
yo! lama menghilang ko!

yan,the blabber,hazimah
terima kasih daun keldai

Asri~Gensrul-san~ said...

waa...sudah jadik bapak budak...
tahniah2...

Bunga Hana Nordin said...

tahniah yoshz.
abah? or
ayah? or
papa? or
bapak?

jgn cakap daddy...

Rabia Sensei said...

Padanlah lama tak update blog. Sibuk buat anak yer? Hehe. Tahniah! Sorry lambat wish.

Comey sungguh Rania~ Moga jadi anak yang solehah =D

Update ler blog ko ni. Aku suka baca lawak tak hingat ko ni.

ayarasmin said...

yosh..tahniah dah jadik bapak!
serius comel giler anak ko wei.