Wednesday, January 5, 2011

Kisah rakyat: Penunggu perigi yg kasihan

*cerita ini diceritakan oleh bekas budak praktikal aku dulu.

Dalam sebuah kampong tinggal sepasang couple yg sweet. Mereka adalah Haji Mustapa Kompang dan isteri beliau, Hajah Lisa Surirumah.

Hajah Lisa adalah seorang isteri yg baik, pandai masak tapi kuat berleter. Manakala, Haji Mus pula seorang yg temper, kuat makan dan tak tahan kena bebel. Mmg betul2 opposites attract.

Pada suatu hari, entah apahal mood Hajah Lisa kurang baik. Habis haji Mus kena sembur dgn teruk sekali.

“Apa la awak ni. Siang malan tak habis2 dengan kompang. Tak ke mananya. Orang sekarang kawin kat dewan, kat hotel. Dah tak main kompang2 ni semua. Kalau ada pun pakai kaset. Cubala keep abreast sikit with recent development. ..” Pok pek pok pek adalah nak dekat 2jam kena bebel.

Haji Mus yg sememangnya dah lama bengang dgn bini dia, tak boleh blah terus angkat bini dia pastu humban dlm perigi buta.Brutal gila babi.

“Ah tak tahan saya dgn awak ni. Kalau nak membebel jugak, awak duduk la dalam tu bebel puas2” marah Haji Mus sambil korek hidung dgn cotton bud. Pastu campak cotton bud dlm perigi. Kacak gila.

“eh, awak ingat awak boleh hidup tanpa saya? Siapa nak masak nasik untuk awak? Kalau gas abis, awak tau ke nak order gas kat mana? “ Pok pek pok pek lagi.

“Ah diam la.! “ Haji Mus tutup telinga, sambil lari masuk rumah. Kalau tgk dari jauh, nampak mcm Haji Mus merajuk dengan perigi.

Malam itu, Haji Mus mula diserang rasa guilty. Pasal takde siapa masak dinner. Haji Mus tabahkan hati bedal maggi. Esok pun sama. Setelah dua tiga hari tak makan proper, Haji Mus mula berfikir.

“Tak syok pulak camni. Bebel bebel pun, bini aku masak sedap.Ah, lantakla. Dia masak, aku makan. Kalau dia bebel, aku lari masuk jamban. Haha. Pandai jugak aku. Mcm Ketua saintis Dunia”

Hari itu juga, haji Mus pergi balik ke perigi tu untuk memujuk isteri beliau. Pujuk punya pujuk, hajah Lisa pun memaafkan suaminya. How sweet..

Haji Mus pun mencampakkan tali ke dalam perigi untuk menarik bininya keluar. Setelah merasa tali itu dienjut, Haji Mus pun menarik sekuat hati.

Alangkah terkejutnya Haji Mus apabila mendapati bahawa bukan bininya yg keluar, tetapi seekor monster yg hodoh, hitam, berbulu tebal, mata merah, kuku panjang, gigi tajam, baju tak gosok.

Haji Mus yg sememangnya brutal, terus tempeleng makhluk tu laju2, pastu picit nipple dia.

Aduh, sakit cikgu! teriak makhluk itu. Lututnya menggigil seperti terkena jangkitan kwashiorkor.

"Kau siapa?" Haji Mus picit nipple satu lagi.

“Aku penunggu perigi ni. Dah 400 tahun aku tunggu dlm perigi”

“Habis tu, apasal kau keluar?”

“Dah 3 hari aku kena bebel. Mana boleh tahan” kata penunggu perigi yg kasihan itu.

Sekian cerita dongeng saya.

21 comments:

Darkk said...

Cerita lah sikit pasal tahun baru je. Baru lah ada gaya bapak-bapak sikit.

tetikus putus said...

hahaha... cayalah hajah lisa! patut haji tu campak ke parlimen

suez said...

darkk, dia tengah practice mencipta cerita dongeng utk anak dia tuh....

nuyuljana said...

hehehe.

penunggu pun xtahan kene leter.

:)

makanbola said...

sejak jd bpk,skill yosh mcm dh tumpul

Hayatul Mohamed said...

lawak je, hehe

Nadia Nazifah said...

haha kan adik kan? kakya kate doh yosh ni mmg klako. x pasal2 cite hantu perigi. haha byk lagi yg klako, pegi bace skrg

Hayatul Mohamed said...

bace abis doh sume entry yosh ni, sakit perut bace, ngeh3.

elina jolie said...

damn, ayat2 yang digunakan oleh Hajah Lisa Surirumah tuh cam familiar je bunyinya..."Cubala keep abreast sikit with recent development..." and “eh, awak ingat awak boleh hidup tanpa saya? Siapa nak masak nasik untuk awak? Kalau gas abis, awak tau ke nak order gas kat mana? “

U kutuk I ye? taulah I pok pek pok pek tak berhenti-henti kat you...

Anonymous said...

hmm are you talking bout your wife...

many years to go you know :)

fan

Iz Yahya said...

Hahahaha penunggu gua pun kena bebel. Memang fantastic la Hajah Lisa ni

yoshz said...

darkk,
aku takde gaya bapak-bapak langsung.
tapi mmg seorang bapak yg bergaya.

tetikus putus,
ahaha. mampos semua MENTERI takde berenti rehat.

suez,
hoish. cerita ni takde nilai moral langsung utk kanak2.

nuyul,
tah apa dia bebel kat antu tu aku pun xtau. haha

makanbola,
mmg dah tumpul. tapi takde kaitan ngan jadi bapak.

hayatul,nadia,
adik beradik ke apa ni? jgn sampai mak ayah jumpa blog ni.

elina,
ish mana ada u cakap camtu.
u punya ayat, "that was sooo yesterday"
plus, rumah kita pakai dapur letrek. mmg tak beli gas.
hehe

anonymous,
takla. bini aku xkuat pok pek.
kalau dia pok pek pun aku buat bodo jer.

iz,
kan? sila jadikan dia idola rumahtannga :)

Bunga Hana Nordin said...

yoshz, apa motip picit nipple tu?
terlebih takut ker apa tuh?
haha

k.e.r.i. said...

encik yoshz, ni pengalaman sendiri ke?
kuat membebel jugak puan elina tu yer.
haha.

1001 penawar penyakit said...

ehehe.. kelakar

@tune® said...

dahsyat.........
penunggu perigi pon xmo kene bebel...

Kikuri-hime said...

Aku hampir lupa nak lawat kau punye belog! perghh! u hvt lost ur touch! lmfao

sinaganaga said...

ha ha

Anonymous said...

Adakah sebab jadi suami jadi ko terlalu bz utk kami sang fantards. Aku siap search ko kat twitter dan jumpa tadi takde post. Tak interaktif lah.

Yan The Egg Lawyer said...

Bro Yosh!! dah kahwin dah!! waaaahh! dah jadi papa! dah 3 tahun tak jenguk blog!! hebaq lagi!!

ohhhh misshi missshi all of you!!

-aku yanhashi-

yoshz said...

bunga hana,
nipple adalah antara kelemahan makhluk ghaib.
jika dipicit, mereka akan rasa sayu seperti gadis kilang yg ternoda.

keri,
bini aku xkuat bebel. ini adalah cerita dongeng.
dia sebenarnya yg kuat makan nasik.

1001,
apa punya nickname ko ni? haha

@tune,
ahaha. itulah pendidikan moral dari story.

kikure,
yes. i've lost my touch but haven't lost my charm.
ngeh ngeh...

sinaganaga,
jgn tutup blog. nanti hanis zalika takde pesaing.

anonymous,
sorri sorri. aku twitter pun xtau nak bukak.

yan,
gilo. aku dah kawin, dah beranak pun.
anyway, komen ko membuatkan aku tergerak nak jawab komen lain.
kudos!!