Sunday, May 15, 2011

Perpustakaan puaka

Masa tu saya darjah lima. Kut. Sekolah kebangsaan saya ada perpustakaan baru. Cuti sekolah pun dia ada bukak.

Jadi, pada suatu hari cuti sekolah, saya pun ingin ke perpustakaan untuk meminjam buku. Saya rasa happy sangat pasal boleh pergi tak payah pakai baju sekolah, seluar sekolah ngan kasut sekolah. Pasal cuti sekolah. Pakai selipar ngan seluar trak bot sudah...

Lagipun kasut sekolah saya belum kapur lagi. Saya pun tak reti nak ikat tali kasut bentuk telinga rabbit tu. Biasanya kakak saya yg ikatkan. Tapi hari tu dia keluar ngan pakwe dia pergi yaohan.

Sampai kat perpustakaan, saya pun masuk dengan bergaya.

"Dik, sini tak boleh pakai selipar dik!" kata akak pustakawan di sana sambil menunjukkan satu poster gambar selipar kena palang. Yg dilukis dgn Buncho colour.

Cis. Menyusahkan orang. "sekejap aje. Tak boleh ke, kak?" kata saya.

"tak boleh. nanti cikgu panitia BM ambik nama. pergi balik tukar kasut dulu. shooh" kata akak tu dgn sopan.

"kalau camtu, saya datang balik la kejap lagi" -saya sedih.

Selepas beberapa ketika, saya masuk balik. Kali ni dgn lebih bergaya. Akak tu pandang saya atas bawah.

"Dik, kaki ayam pun tak boleh!!"

-----------------------------------

Saya pasti bila saya datang balik esok, mesti dah ada poster baru gambar kaki kena potong. Yg dilukis dgn Buncho colour.

16 comments:

Darkk said...

Fes!

Amacam? Berjaya tak gua sekarang?

Ateeka Amer said...

seken!

ish pesen budak2.

zaman bila ikat tali kasut rupa telinga rabbit? budak2 skang ikat kat kaki. stailo sangat ler tuh kunun.

kucingGEMOK said...

turt~!

sy x ikat kasut...sy sarung je cam guni...ngehehe

yoshz said...

aik? ada 3 komen pun nak main lumba2?

zaman 40 komen sejam sudah lama berlalu...huhu.

Hidemichi said...

gua pun baru nak start blogging balik...beralih zaman katanya...dulu masa tu i phone xde, blackberry apa tah lagi.
Tp part Yaohan mmg xle blah!hahaha

Asri~Gensrul-san~ said...

woo...sudah tulis blog balik nampak...buhsan di tempat kerje ke?..haha

yoshz said...

mohd hide,
biasanya gi yaohan lepas beli baju sekolah kat mun loong.

encik asri,
bosan juga. tapi takla sebosan blog awak.haha

aku keja tempat baru bulan 7. gaji lagi banyak dari tokunaga.haha.

Asri~Gensrul-san~ said...

woo..jgn main2 dgn blog aku...blog tu alat measurement yg boleh mengukur tahap kebohsanan aku kat office tu...ha ha

waa..lompat company ape nih?..gaji dh lebih tokunaga tapi nanti kat sana boleh jerit2 x mcm dia?..ha ha

Anonymous said...

Yoshz,

Dah lama tak cerita mia ozawa. Dah kahwin tak makna tak mimpi kan? Dulukan dia girlfriend dalam mimpi?

Share your wildest dream with us!

Ayu Hasman said...

more updates!! i pon skang baru start balik blogging after 2yrs n half.lol~ cepat2...update lagi.hehehe

l.i.f.e said...

hahaha
you never cease to amaze me

yoshz said...

ayu hasmang,
cis, aku dah terlalu matang utk update selalu.

life,
it's you who never cease to be amazed. hehehe.

Anonymous said...

we are waiting for a good mia ozawa story

Anonymous said...

gemuk, pendek pakai spek Bob, dah almost setahun.. updatelah

Aku said...

Yoshz! Tulis la balik blog! Aku baru je nak start baca balik blog2 kengkawan ni. Pastu hapdet skali blogroll ko tu, aku dah lama tinggalkan blog lama aku (hanim). Dah tulis blog lain dah pon

yoshz said...

mia ozawa? haha. dah lama tak tengok tu..

hanim,
ni tgh warming up la ni...